Saturday, February 12, 2011

SHISHA 400 LEBIH BAHAYA DARI ROKOK!!!


LONDON - Siapa cakap menghisap shisha tidak berbahaya? Kajian yang dilakukan kerjasama Department of Health and the Centre for Tobacco Control, termasuk fakta yang menyebutkan menghisap Shisha sama berbahayanya daripada menghisap merokok tembakau.

Menurut hasil penelitian, seperti dikutip dari BBC, masyarakat yang menghisap shisha atau tembakau herba akan berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Hal itu disebabkan, dalam satu sesi menghisap shisha memiliki kecenderungan 4-5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida dalam badan berbanding semasa menghisap tembakau. Tingginya kadar kabon monoksida ini nantinya berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar.

Shisa merupakan rokok tradisional jazirah timur tengah, yang menggunakan ektrak buah pengganti tembakau yang dibakar menggunakan arang batu. Prosesnya menggunakan air sebagai penapis sehingga menyerap kadar nikotin yang masuk ke tubuh. Shisha juga berasal dari zaman Dinasti Mogul di india ada banyak nama panggilan Shisha ini seperti hookah, sheesha, okka, kalyan dan banyak lagi bergantung pada nama asal tempat tersebut...

kandungan ShiSha ialah Tembakau ,Sirap pekat dari buah-buahan dan lain-lain dan Arang. Shisha juga mempunyai kandungan yang sama dengan rokok "Tembakau" cuma yang membezakan dari segi penyediaan...jikalau rokok tembakau kena asapkan baru sedut manakala ShiSha tembakau diperam terlebih dahulu baru boleh disedut sampai kering....

Department of Health and the Centre for Tobacco Control mengatakan, begitu sukar untuk mengetahui seberapa besar karbon monoksida yang dihasilkan dari sebatang rokok hingga dapat dibezakan dengan merokok tembakau biasa.


Akan tetapi alat pengukur kadar karbon monoksida dalam tarikan nafas menunjukan anda bukan perokok kadar monoksida dalam darah hanya berkisar kurang dari 1%, perokok pasif mempunyai kadar monoksida dalam darah berkisar antara 20-40 ppm atau 2-4% dan untuk perokok berat, kadar monoksida dalam darah boleh mencapai 30-40 ppm, atau 5-7%. Sementara menurut hasil penelitian, para perokok shisa mempunyai kadar karbon monoksida dalam darah mencapai 40-70 ppm atau 8-12%.

Dr. Hilary Wareingm Pengarah Pusat Kerjasama Kawalan Tembakau berkata, dirinya begitu terkejut apabila mendengar keputusan kajian. "Mulut kita begitu terbuka terhadap tahap kerugian, tidak ada satupun kajian yang menunjukan keputusan mengejutkan daripada Shisha yang ternyata berbahaya bagi kesehatan," tukasnya.

Sementara itu, Paul Hooper, Regional Manager, Depertemen Kesihatan Kerajaan Inggeris menyatakan penemuan hasil kajian yang menyimpulkan shisa berbahaya bagi kesihatan akan menjadi isu besar. Bahkan untuk Individu yang menganggap Shihsa bukanlah kiraan merokok

Tren

Sebelum kajian dilakukan, Shisha merupakan kegemaran bagi warga keturunan Arab yang tinggal di Inggeris. Tidak hanya di Inggeris, konsumsi Shisha juga menjadi trend di negara-negara lain termasuk juga Indonesia serta masyarakat di Malaysia amnya kini menjadikan menghisap shisa sebagai satu kemestian apabila berjumpa dengan rakan-rakan. Setiap tempat-tempat makan serta tempat hiburan juga menawarkan Shisha praktikal dipenuhi pengunjung.

Namun, usai sosialisasi hasil penelitian dilakukan, sejumlah warga Inggeris mengaku terkejut. "Bila anda belum tahu tentang berita ini, tentu sangat berbahaya, jangan lakukan itu. Shisha tidak memiliki amaran berbahaya seperti yang diberikan pada merokok," ujar salah seorang perempuan muda.

Sementara itu, pemuda keturunan Pakistan juga merasa terkejut. Dia tidak menyangka, konsumsi Shisha begitu berbahaya. "Jika ibu saya tahu, saya menghisap Shisha. Dia secara serius tidak akan membenarkan saya mengisapnya, sama halnya saya dilarang merokok tembakau," tutur si pemuda.

Kesalahan utama dari konsumsi Shisha adalah miskonsepsi. Sebelum dilakukan penelitian, mengisap Shisha tidaklah berbahaya. Namun, fakta-fakta yang ditemui dalam kajian mengubah itu semua. "Kami telah menjumpai fakta di mana satu sesi Shisha - menghabiskan 10 mg ektrak buah tembakau untuk 30 minit-dapat meningkatkan kadar karbon monoksida 4-5 kali berbanding merokok," tutur Wareing.Yang lebih buruk, ujarnya, menghisap Shisha 400-450 kali boleh membahayakan kesihatan berbanding merokok tembakau.

Pro-Kontra

Beberapa kalangan di Inggeris mengaku memilih berfikir dua kali untuk menghisap Shisha usai mengetahui hasil kajian tentang Shisha. "Anda tahu, anda boleh mati kerana merokok, tapi anda tidak pernah tahu anda akan mati kerana Shisa," ujar salah satu perokok Shisha di Sebuah Kafe khusus Shisa di London. Untuk memperjelas Penemuan tersebut, dia memilih untuk segera ke rumah dan mencari tahu.

Meskipun begitu, tidak semua warga di Inggeris mempunyai pandangan yang sama berkaitan hasil kajian tentang Shisha. Akram contohnya, pemuda berusia 27 tahun ini mempunyai pandangan berbeza. "Memang semua ada resikonya, tapi semua bergantung saat mengkonsumsi, dan fakta-fakta yang boleh saya lihat menyimpulkan bahawa merokok Shisa tidak sama dengan merokok biasa," tukasnya.

Pendapat lain juga diungkapkan Aktivis Kesihatan NHS Stop Smoking di Leicester, Qasim Choudry. Menurutnya, berkongsi paip hisap Shisha dipercayai menyebabkan jangkitan. "Begitu banyak risiko penyebab TBC, Hepes dan jangkitan lain sebagai akibat pelbagai paip Shisha," ujarnya.

Dia juga menjelaskan, perkembangan selesema babi yang menjadi perbincangan hangat saat ini mungkin tidak mempunyai hubungan langsung. Akan tetapi dia meramalkan bila gaya hidup masyarakat tidak higienis termasuk berkongsi paip hisap Shisha akan membolehkan selesema babi menjadi sebahagian dari akibat buruk menghisap Shisha.

Meskipun begitu, Dr Warein merasa lebih tepat apabila masyarakat sendiri yang memilih untuk mencerna maklumat berkaitan bahaya Shisha. Pendapat yang sama juga disampaikan Paul Hooper daripada Jabatan Kerajaan Inggeris. Dia menyatakan hingga saat ini pihaknya berusaha keras untuk mencari cara bagaimana memberikan mesej yang tepat kepada masyarakat bahawa menghisap shisa itu berbahaya. "Tapi pertanyaanya, apakah anda akan memberikan label pada tembakau dan paip hisap Shisha? Itu tidak semudah memberikan label dari sebungkus merokok," katanya.

Jadi,insaf2 r shisha2 ni kawan...

1 comment:

  1. ag satu...bkn sajaj shisha saja yang salah dari segi islam...erm...tndik bibir,mulut..lidah,telinga..n mcm lagi la yg nak di tindik..itu semue salah...

    ReplyDelete