Thursday, July 18, 2013

PESANAN ROH PADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Renungkanlah.....

Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Sunday, July 14, 2013

Benelli TNT600 Mampu Milik


Harga: RM29300-34000 mengikut kedai masing-masing 

Pengenalan:

1.Dari mana asal brand Benelli?
   Asal nya dari Italy sejak 1911.Dibeli oleh beberapa syarikat hingga sekarang dibeli oleh Group Qianjiang,China.

2.Kalau dari China,pasang kat China jugak kaa?
   Tidak,TnT600 dipasang 100% di kilang Benelli Keeway motorcycles Sdn.Bhd ,Bukit Beruntung,Selangor.

3.Spare part dr China?
   Yaa,spare parts semua dari China tetapi pasang kat Malaysia untuk model TnT600.

4.Kalau spare parts dari China,kualiti tak bagus lah?
   Tak semesti nya macam tu,sedangkan iPad dan iPhone pun buatan China,berjutaan orang diseluruh dunia gunanya.Seperti jugak Honda,Yamaha,Kawasaki bila muncul 1070 an,semua kata tak boleh pakai,kualiti tak dak tapi sekarang semua orang ada.
Barang China macam motor atau kereta akan setanding atau lebih dari Jepun dalam masa terdekat.Sekarang pun,China negara paling kaya di dunia.

5.Itu barang China,ini nak tau pasal moto Benelli,quality ok ke tak?Bukan senang nak labur RM30k.
   Untuk saya,saya dah ride lebih 3 bulan dgn TnT600 tapi milage baru 3000km.Untuk masa sekarang,saya tak dak masalah.Engine pun tak dak masalah.Barang-barang 'makeup' walaupun plastik,tak dak problem.
Tapi macam semua tau,TnT600 masih baru dalam pasaran walaupun saya dah pakai 3 bulan dan 3000k,saya tak boleh gerenti kualiti nya 'AA'.Kena ambil masa dan milage yang lebih kalau nak tengok dgn betul-betul kualiti nya.
Untuk saya,no problem.

6.Dah bawa TnT600 hingga mana?
   Pg-Bukit Beruntung x 2 , Pg-Perlis x 2, Pg-Banjaran Titiwangsa-Jeli x 1 dan ride-ride yang dekat-dekat.Saya taw ada rider yang ambil sama time dgn saya dah ke Danok dan lebih 5000km dia ride,tak dak masalah.Itu pun saya buat 1st servis,milage dah 2000km.Patutnya 1000km kena buat 1st servis tapi sbb masa saya tak dan.Tapi ini menunjukan TnT600 no prob,boleh tahan,kualiti ok lah.

7.Performance ?
   Kalau pasal overall memang ok untuk moto cc 600.Handling lebih baik dari ER6 sbb dulu saya pakai ER6.Ini saya rasa sbb TnT600 lebih ringan 190kg(dry weight) banding dgn ER6 205kg(dry weight) dan Tayar TnT600 Pirelli Angel depan/belakang.Tayar Pirelli grip mmg terbaek.
Power agak sama lah dgn ER6 ttp top speed TnT600 lebih sikit sbb 4 inline.Tapi kalau pickup,ER6 lebih sikit ttp TnT600 bila rev dah lepas 6000rpm,melonjak laju lebih dari ER6.Tnt600 nak sampai line merah mmg cepat lepas 6000rpm.Lepas 6000rpm,pulas skali aje boleh sampai merah.
Comfort,saya rasa ER6 lebih selesa dari segi seat rider dan pillion.Seat pillion TnT600 mmg tak selesa sbb kecil dan panas(paip bawah seat pillion).
Kedudukan handlebar(jarak) utk ER6 lebih selesa sikit dari TnT600.Ini sbb ER6,tangan kita lebih extent sikit bila ride banding dgn TnT600 yg pendek sikit.Kedudukan handlebar TnT600 mcm KTM sikit.
Braking ER6 lebih kurang sama tp saya tak lah lagi kena brak emergency pun.
Top speed,susah nak kata tp kalau ikut test rider TnT600 capai 236kmj.Saya paling laju 205kmj,tak tahan angin.ER6 pun sama 205kmj lepas tukar paip.kawan2 saya pernah sampai 220kmj dgn ER6.Walau apapun,moto 600cc tak boleh pi laju-laju sangat pun.

8.Pendapatan peribadi saya?
   Saya memang puas hati dgn TnT600.Tak dak prob yang major.Yang ada pun saya nak komplain,engine panas,lagi-lagi bila kena jem,masak.Bila dah ride tu ok lah tak rasa sangat tapi masih panas.Kalau ikut rider-rider lain,ini mmg biasa untk engine 4inline walaupun Yamaha XJ6.
Selain dari tu,saya beli sbb harga yang boleh saya mampu.Sapa tak nak ride moto besar lagi-lagi 4inline tapi kalau sampai RM52K atau 70K atau 100k mmg tak kan dapat rasa lah.Sbb faktor yang paling besar utk saya adalah harga wlaupun dr China co.Harga ER6 lagi mahal.

9.Harga?
   Agak antara RM29300-34000 mengikut kedai masing-masing.Harga tak tetap.Pi shopping dulu,baru beli.Pastikan apa barang free boleh dapat dan berapa byk boleh dapat.Kat Cheras kedai bagi 10 barang free.

 10.Warranty?
      Mengikut kilang BKM,waranti sampai 10km saja.Kalau modify kat mana-mana pun,auto waranti void.Kalau dalam masa waranti,kita tukar paip,auto void.Ini utk kalau kita modify saja,kalau letak kotak ok lah.Ini memang std bagi semua moto pun,modify void semua.

11.Aksesori 'aftermarket' ada tak?
    Untuk masa sekarang,tak da lagi di Malaysia ttp ada member kata kat China boleh dapat benda mcm slider.Benda mcm visor atau yg lain2,kat Msia tak dak lagi tapi kat China atau siam ada kot.cuba cari online.

12.Berapa banyak engine oil yg digunakan? dan jenis apa?
    TnT 600 guna 3.6L(4 bottle).Apa yg di rekomen oleh kilang adalah petronas syntium(sintetik).Apa yang bro nak guna terpulang lah pada bajet masing-masing.
Oil Filter boleh pakai kawasaki atau rekomen kilang adalah filter benelli sendiri.
Harga dekat2 sama.

13.Bagaimana dengan kos maintenance yg lain: tayar,spoket dll?
     Seperti No.12 engine oil 3.6L(4botol) ~Rm120-240 ikut jenis dan brand + filter ~Rm40-55/sebiji. Tayar std Pirelli depan/belakang,sebagai contoh tayar belakang Pirelli ~Rm880-960.Kalau ttg barang2 lain spt sproket,tak tau berapa harga.Ini sbb motor TnT600 masih baru,saya rasa belum ada yang dah sampai tahap kena tukar spoket atau rantai atau plug dll.nak kena tunggu lah masa tu dan harap ada bro2 kita laporkan nanti.

Ini pendapat peribadi saya tentang TnT600 yang setakat ini saya dah guna.Kebarangkalian besar pendapat saya akan beza banyak dengan owner-owner lain.Kalau ada tersalah,tolong tegur lah.Saya pun dok tengah belajar lagi pasal moto ni.Kalau ada tersalah kata,saya tak sengaja,saya minta maaf byk-byk.
Good luck semua.

Terima Kasih.

CC Admin Benelli TNT600 Malaysia Group/fb

Anda Boleh Jenguk-jenguk ke
https://www.facebook.com/groups/tnt600malaysia/

4 IN LINE



Saturday, July 6, 2013

Parigi Band Ft Yayan - Gapai Tangan ku [Official Music Video]



Parigi Band Terus Mencipta nama dalam bidang muzik... Parigi Band dari Labuan,Sabah ini pernah menjuarai pertandingan mencipta lagu...
Jom dan Terus mendengar lagu baru diorang...